Mantera Armada
Komitmen Kami Terhadap Kualiti dan Kebahagiaan.
Pengenalan Syarikat:
Mantera Armada Sdn Bhd (1357400-P)
ditubuhkan pada tahun 2020 sebagai pengeluar dan pengedar tunggal bagi produk jenama Elzha. Kisah kami bermula pada tahun 2015 di Shah Alam (sebagai EZ ELYZHAF ENT) dengan impian untuk membawa makanan yang berkualiti, terjamin dan lazat kepada semua lapisan masyarakat.
Kepimpinan: Syarikat kami diterajui oleh pasangan pengasas, Zharif Khalid dan Elil Husna. Nama jenama ‘Elzha’ sendiri adalah gabungan nama Elil (Isteri) & Zharif (Suami), melambangkan komitmen peribadi dan kualiti di setiap produk. Jenama Elzha juga telah berdaftar dan mendapat Sijil Pendaftaran Cap Dagangan daripada MyIPO.
20
Tahun pengalaman
4K
Kapasiti pengeluaran sehari.
75k
Jualan di buat di wowshop dalam masa 15 minit
Mantera Armada Sdn Bhd
Visi & Misi Kami
Tujuan Kami
Menyediakan makanan yang berkualiti melalui inovasi untuk semua lapisan masyarakat.
Teras Utama
Kualiti dan Kebahagiaan pelanggan
Misi
Menjadi pengilang kek yang mendapat persijilan GMP dan HACCP, selain memperbanyakkan R&D untuk pengeluaran produk baharu.
Operasi Kami
Latar Belakang Operasi:
Kami beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sehingga 4,000 unit sehari di premis kami di Melaka. Produk kami dipasarkan melalui Rangkaian Pasaraya, Wakil Jualan, Vendor, serta menawarkan perkhidmatan OEM / Private Label. Kami juga mempunyai cita-cita untuk membawa produk kami ke pasaran eksport antarabangsa.
Persijilan kami
Persijilan & Jaminan Kualiti
Kami berbangga memiliki persijilan :
- HALAL (1 097-06/2022) JAKIM (Menyajikan produk suci dan selamat)
- HALAL (8 097-06/2022) JAKIM (Menyediakan perkhidmatan OEM yang suci dan selamat)
- MESTI (Makanan Selamat Tanggungjawab Industri oleh KKM)
Kenikmatan Premium untuk Setiap Acara
Terokai rangkaian produk bakeri Elzha, daripada Kek Lapis ikonik kami hinggalah pelbagai jenis kek dan pencuci mulut premium. Setiap produk dihasilkan dengan bahan berkualiti tinggi dan dijamin HALAL & MESTI.
