Mantera Armada

Komitmen Kami Terhadap Kualiti dan Kebahagiaan.

Pengenalan Syarikat:

Mantera Armada Sdn Bhd (1357400-P)

ditubuhkan pada tahun 2020 sebagai pengeluar dan pengedar tunggal bagi produk jenama Elzha. Kisah kami bermula pada tahun 2015 di Shah Alam (sebagai EZ ELYZHAF ENT) dengan impian untuk membawa makanan yang berkualiti, terjamin dan lazat kepada semua lapisan masyarakat.

Kepimpinan: Syarikat kami diterajui oleh pasangan pengasas, Zharif Khalid dan Elil Husna. Nama jenama ‘Elzha’ sendiri adalah gabungan nama Elil (Isteri) & Zharif (Suami), melambangkan komitmen peribadi dan kualiti di setiap produk. Jenama Elzha juga telah berdaftar dan mendapat Sijil Pendaftaran Cap Dagangan daripada MyIPO.

aboutus img elzha

20

Tahun pengalaman

4K

Kapasiti pengeluaran sehari.

75k

Jualan di buat di wowshop dalam masa 15 minit

Mantera Armada Sdn Bhd

Visi & Misi Kami

Tujuan Kami

Menyediakan makanan yang berkualiti melalui inovasi untuk semua lapisan masyarakat.

Teras Utama

Kualiti dan Kebahagiaan pelanggan

Misi

Menjadi pengilang kek yang mendapat persijilan GMP dan HACCP, selain memperbanyakkan R&D untuk pengeluaran produk baharu.

about 2 img elzha

Operasi Kami

Latar Belakang Operasi:

Kami beroperasi dengan kapasiti pengeluaran sehingga 4,000 unit sehari di premis kami di Melaka. Produk kami dipasarkan melalui Rangkaian Pasaraya, Wakil Jualan, Vendor, serta menawarkan perkhidmatan OEM / Private Label. Kami juga mempunyai cita-cita untuk membawa produk kami ke pasaran eksport antarabangsa.

Persijilan kami

Persijilan & Jaminan Kualiti

Kami berbangga memiliki persijilan :

halallogo
mesti

Kenikmatan Premium untuk Setiap Acara

Terokai rangkaian produk bakeri Elzha, daripada Kek Lapis ikonik kami hinggalah pelbagai jenis kek dan pencuci mulut premium. Setiap produk dihasilkan dengan bahan berkualiti tinggi dan dijamin HALAL & MESTI.

Scroll to Top